• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung

oleh AK-47
31/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.

Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.

Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.

Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.

(Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas)


Wartawan Dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran… oleh mynewshub
Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.

Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.

Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.

CNVi1f9VAAAcSE7
Sumber: Twitter Tom Winter

Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen berkenaan.-Mynewshub.cc

Oleh: haziqqqqq

Tags: Amerika Syarikatkes tembakwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd