• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Lemas Ketika Memancing Di Lombong Tinggal

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Keghairahan dua beradik memancing di sebuah lombong tinggal di Taman Rasi, Menglembu di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas mereka terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Ismail Darus berkata mayat Lee Poh Wei, 16, ditemui pada 5.56 petang manakala adiknya, Lee Poh Jun, 14, belum ditemui.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila dua beradik itu, yang tinggal di Bukit Merah, Lahat dikatakan ke lombong berkenaan untuk memancing ikan bersama seorang lagi rakan mereka, kata Ismail kepada pemberita.

Beliau berkata insiden itu berlaku apabila Poh Jun dikatakan cuba menarik kail pancingnya yang tersangkut sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan serta dipercayai lemas.

Poh Wei yang melihat kejadian itu kemudian terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi dia turut lemas, kata Ismail.

Rakan mereka yang cuba membantu tetapi gagal kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sejumlah 39 orang membabitkan anggota polis, bomba serta Rakan Cop melancarkan operasi mencari, dan mayat Poh Wei ditemui di dasar lombong.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata mayat Poh Wei dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

Tags: mati lemasremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd