• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vendalisme Punca Kemudahan Jejantas Pejalan Kaki Rosak

oleh Ahmad Albab
26/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebanyakan kemudahan jejantas pejalan kaki di ibu negara mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan berikutan wujudnya perbuatan vendalisme yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Tan Keng Chok berkata meskipun kemudahan jejantas pejalan kaki itu dibaiki, namun masalah itu sering kali berulang.

“Sebagai contoh lif di jejantas Brickfields sering kali mengalami kerosakan walaupun telah dibaiki sehingga DBKL membuat keputusan untuk menanggalkan lif yang terdapat di sana.

“Selain itu kebanyakan jejantas di Kuala Lumpur turut dijadikan tempat tinggal pengemis ataupun golongan gelandangan, penagih dadah dan situasi ini boleh menyebabkan berlakunya jenayah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tan berkata DBKL terpaksa memperuntukkan dana khas bagi membaiki dan menambah baik kemudahan itu bagi keselesaan pengguna.

Selain itu, Tan berkata DBKL sedang menaik taraf enam daripada 145 jejantas pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur dengan peruntukan lebih RM10 juta dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Jejantas yang baru siap di Jalan Ampang (berhampiran bangunan AIA) dan Kepong (depan pasar raya Jusco), sementara yang masih belum siap di Jalan Sentul, Stesen LRT Sungai Besi, Park n Ride di Sungai Besi dan Jalan Genting Klang (berhampiran Hospital Columbia),” jelasnya.

Tan berkata pada sidang media selepas merasmikan jejantas pejalan kaki di Jalan Ampang, berhampiran Sekolah Kebangsaan Convent 1 dan 2 Bukit Nanas, serta Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas di sini, hari ini.

Penambahbaikan jejantas baharu berhampiran sekolah itu disambut baik Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Convent 2, Datin Seri Ismalina Ismail.

Katanya selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, penambahbaikan kemudahan itu turut memberi jaminan keselamatan kepada para pelajar. – BERNAMA

https://youtu.be/Uap-gHdamU0

Tags: vendalisme
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd