• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Khalwat: Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

oleh AK-47
27/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Rendah Syariah Gombak Timur semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana berikutan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.

BACA: Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkhalwat

Perintah dikeluarkan Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz selepas pelakon filem Ngangkung itu tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Selain itu, waran tangkap turut dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana.

23 Jun lalu, Putri Mardiana  dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pasangan ini ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Putri Mardiana ada mendakwa serbuan tangkap khalwat itu sengaja dirancang oleh bekas teman lelaki dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: Putri Mardiana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Putri Mardiana Tukar Pengakuan Salah Berkhalwat Demi Anak

19/11/2015
0

SEPERTI umum mengetahui, pelakon Putri Mardiana telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan berkhalwat...

Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkhalwat

25/06/2015
0

PELAKON Putri Mardiana dan pasangan Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam atas tuduhan berkhalwat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd