• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sediakan 50,000 Rumah Mampu Milik Iltizam Datuk Bandar KL

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan antara langkah dalam menyediakan 50,000 rumah mampu milik di ibu negara, yang menjadi iltizam Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

“DBKL telah meluluskan lebih kurang 25,000 rumah mampu milik dalam mencapai sasaran tersebut dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar di seluruh ibu negara,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu mulai 18 Julai lalu, berkata antara iltizam lainnya untuk Kuala Lumpur ialah memperbaiki sistem penyampaian dengan langkah penyusunan semula DBKL yang dijalankan awal Ogos lalu bagi memperkukuhkan fungsi dewan bandaraya.

“Saya akan memanfaaatkan sebaiknya pengalaman berkhidmat selama 37 tahun dengan DBKL bagi memberikan yang terbaik untuk Kuala Lumpur dengan kerjasama seluruh warga perbandaran,” katanya.

Mhd Amin juga akan memberi penumpuan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan awam seperti jalan raya, lampu dan sebagainya bagi memastikan warga kota mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.

Memahami Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk dan pembangunan yang tinggi, beliau juga bertekad untuk fokus menyelesaikan semua aduan yang diterima oleh penduduk memandangkan DBKL adalah antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima aduan paling tinggi.

Selain itu, beliau juga akan berusaha untuk menjadikan ibu kota sebagai ‘Bandar Ceria’ melalui penganjuran program-program dan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti kegiatan sukan dan riadah.

Mhd Amin juga berkata beliau akan memberi perhatian khusus dalam menangani isu warga asing, barangan tiruan, maksiat, judi dan sebagainya dengan menjalinkan kerjasama secara konsisten dengan agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui operasi-operasi bersepadu.

Katanya peruntukan RM4 bilion untuk pembangunan bandar dalam jangka masa lima tahun ini, akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan warga kota mendapat kemudahan asas terbaik dalam mencapai status bandar raya bertaraf dunia.

Dalam melaksanakan iltizam baharunya itu, Mhd Amin berkata beliau akan meneruskan usaha-usaha dan program-program sebelum ini seperti program KL Pagi Bebas Kenderaan, pembinaan trek berbasikal, penghijauan bandar Kuala Lumpur, pengawasan cerun selain menangani isu sedia ada seperti iklan haram dan sebagainya.

Mhd Amin merupakan Ketua Pengarah DBKL sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang tempoh kontraknya tamat pada 17 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: DBKLRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd