• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Termasuk Remaja Terbunuh Dalam 2 Kemalangan Di Perak

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua lelaki, termasuk seorang remaja terbunuh manakala seorang cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Hilir Perak dan Kampar, semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri DSP Mohd Mahiri Hussin berkata dalam insiden pertama pada 9.30 malam di Kilometer 40 Jalan Teluk Intan-Sungai Samak dekat Hutan Melintang, remaja berkenaan, Mohamad Azrul Masdar, 18, yang menunggang sebuah motosikal telah bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, Mohamad Azrul terjatuh di atas jalan raya manakala kenderaan yang dipandu Khairuddin Mat Suhut, 28, terbabas dan merempuh tebing di tepi jalan, kata Mohd Mahiri ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, Mohamad Azrul dari Sungai Manila yang cedera parah di kepala, meninggal dunia pada 11.30 malam tadi di Hospital Sabak Bernam.

Katanya, Khairuddin dari Kampung Samak, Hutan Melintang yang cedera parah di kepala, dirawat di hospital sama.

Dalam satu lagi nahas pada 4.50 petang di Kilometer 7 Jalan Malim Nawar-Tanjung Tualang, Kampar, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh penghadang besi di tepi jalan.

Lui Kam Choong, 47, dari Rumah Awam 2, Tanjung Tualang yang cedera parah di kepala serta badan, mati di tempat kejadian, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Tanjung Tualang, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd