• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurugambar Hong Kong Ditahan Bawa Perisai Badan

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) menggesa pihak berkuasa Thai bekerjasama dengan komuniti media di negara itu untuk tidak menjadikan penggunaan sah perisai badan dan peralatan perlindungan yang lain sebagai satu jenayah.

Ini berikutan penangkapan penduduk Hong Kong, Hok Chun ‘Anthony’ Kwan, yang ditugaskan oleh Initium Media Technology minggu lepas bagi membuat liputan kesan kejadian letupan bom di Kuil Erawan.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Ahad ketika hendak menaiki penerbangan balik ke Hong Kong dan dia didakwa kerana memiliki senjata haram.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah tentera.

“Perisai badan dan topi keledar yang digunakan oleh para wartawan bukanlah senjata untuk menyerang dan ia tidak boleh dianggap seperti itu,” kata FCCT.

FCCT sebelum ini sudah meminta pihak berkuasa Thai untuk menangani isu ini supaya wartawan boleh membeli, mengimport dan membawa peralatan perlindungan secukupnya.

“Kes Anthony Kwan membuka peluang kini untuk mencari jalan penyelesaian,” kata FCCT.

Kwan didakwa mengikut Akta Kawalan Senjata 1987, yang melarang pemilikan senjata ketenteraan tanpa lesen.

Bagaimanapun, FCCT berkata penggunaan perisai badan dan topi keledar merupakan rutin bagi wartawan di seluruh dunia bagi membolehkan mereka melakukan tugas dalam situasi berbahaya.

Kematian dua wartawan asing di Bangkok dalam kejadian tembakan ketika pergolakan politik pada 2010 menekankan keperluan perlindungan seperti ini, katanya.

Wartawan berpangkalan di Bangkok memakai perisai badan secara terbuka semasa pergolakan politik baru-baru ini tanpa sebarang tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak berkuasa Thai, kata kelab itu.

“Kini, ia merupakan keperluan bagi organisasi media besar bahawa wartawan mereka membawa perisai badan dan topi keledar ke persekitaran yang berpotensi berisiko,” katanya. – BERNAMA

Tags: jurufotosenjata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

30/03/2024
8

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel direman selama tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd