TUJUH dilaporkan maut selepas sebuah jet model Hawker Hunter jatuh terjunam di atas beberapa buah kereta semasa Pertunjukan Udara Shoreham yang berlangsung di Sussex, Britain.
Menurut South East Coast Ambulance Service, kesemua mangsa mati di tempat kejadian sementara 14 lagi mengalami kecederaan termasuk juruterbang jet terbabit, Andy Hill.
Perdana Menteri Britain, David Cameron menyampaikan ucapan takziah beliau kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban akibat insiden itu.
Menurut salah seorang saksi, Stephen Jones, pesawat itu baharu sahaja memulakan aksi pertunjukan apabila tiba-tiba ia hilang kawalan sebelum terhempas di atas jalan raya. – MYNEWSHUB.CC







