• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT3 Bergantung Kemampuan Kerajaan – Najib

oleh Ahmad Albab
22/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang mengkaji dan meneliti projek pembinaan jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang menghubungkan Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

Perdana Menteri, bagaimanapun, berkata kelulusan projek tersebut bergantung kepada kemampuan kerajaan pusat.

“Saya tahu bila orang balik raya sehingga 14 jam…jadi LPT3 ini perlu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, berhubung gesaan kerajaan negeri untuk memohon sejumlah peratusan saham pengurusan LPT2 daripada syarikat konsesi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Najib berkata kerajaan negeri boleh meneruskan rundingan dengan syarikat konsesi itu.

Kerajaan negeri Terengganu sebelum ini meminta 40 peratus saham LPT2 daripada syarikat konsesi tersebut yang mengambil alih pengurusan lebuh raya berkenaan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dibuka sepenuhnya pada 31 Dis tahun lepas, yang membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dipendekkan kepada empat jam berbanding enam jam sebelum ini.

Selain itu, pada majlis itu Najib meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi membina dewan masyarakat Tok Jiring serta menaiktaraf kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, SK Kompleks Wakaf Tembesu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Wakaf Tembesu.

Dewan masyarakat itu mampu memuatkan sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa. – BERNAMA

 

Tags: LPTNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tedung Selar Empat Meter Dalam Bilik Tidur Warga Emas

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd