• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Sekolah Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Di P.Pinang Kekal

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Arahan larangan kepada semua sekolah di Pulau Pinang daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 anjuran kerajaan negeri adalah kekal sehingga sebarang keputusan dimaklumkan kelak, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzhir Khalid.

Pada masa yang sama beliau berkata tidak elok isu percanggahan berkaitan tema Hari Kebangsaan berlaku antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dilapor antara lain akan turut menggunakan tema ‘Bersih’ bagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 sementara tema sambutan yang ditetapkan kerajaan persekutuan untuk disambut di seluruh negara ialah ‘Sehati Sejiwa’.

“Tahun ini temanya ialah Sehati Sejiwa, jadi kita patut ambil persetujuan tanpa mengira latar belakang politik untuk menyambut Hari Kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Felda Lubuk Merbau Kedah Bhd di sini hari ini.

Baca: Pelajar Pulau Pinang Jadi ‘Mangsa Slogan’ Berbeza

Juga: DAP P.Pinang Degil Guna Tema ‘Bersih’ Sambut Merdeka

Beliau menyarankan agar kerajaan negeri Pulau Pinang mencontohi negeri yang juga dipimpin pembangkang seperti Kelantan dan Selangor yang turut menggunakan tema Sehati Sejiwa.

Mahdzir ditanya mengenai langkah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang telah mengeluarkan Surat Pekeliling yang mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya dari Kementerian Pendidikan.

Pada majlis itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Terap mengumumkan beberapa peruntukan untuk sekolah di Felda Lubuk Merbau termasuk RM80,000 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau, RM250,000 bagi kerja pembaikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Lubuk Merbau dan RM10,000 untuk Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd