• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IS: Hishammuddin Sahkan 5 Anggota ATM Antara Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS dua hari lepas.

Sehubungan itu, ATM menyerahkan sepenuhnya kepada Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman untuk menjalankan siasatan.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lima anggota berkenaan bagi mengelakkan siasatan terjejas, dan hanya berkata mereka terdiri daripada anggota berpangkat rendah.

“Lima anggota ATM itu telah digantung tugas serta merta. Ini bermakna setakat hari ini, 11 anggota tentera telah ditahan (kerana disyaki ada kaitan) dengan IS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Baharu di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis menahan 10 warga tempatan termasuk enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS dalam operasi serentak di Kuala Lumpur dan lima negeri pada Rabu lepas.

Hishammuddin berkata walaupun penglibatan anggota tentera dengan kegiatan kumpulan IS tidak terlalu serius namun ATM telah mengambil langkah proaktif menghalang gerakan dari luar negara itu daripada menular di Malaysia.

“Ini merupakan fenomena yang kita kawal rapi dan kita bekerjasama rapat dengan agensi-agensi risik di seluruh dunia kerana tidak ada negara yang terkecuali daripada sentuhan IS ini,” katanya.

Beliau berkata ATM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan IS.

“Dalam ASEAN, saya mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri pertahanan telah membuat pendirian yang bulat tidak sekali-kali menyokong atau membenarkan IS menular di rantau kita. Setiap negara akan mengambil tindakan masing-masing agar IS tidak bertapak di sini,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pihaknya mengikuti rapat perkembangan insiden pengeboman di Bangkok, Thailand pada Isnin lepas, untuk mengetahui adakah insiden itu memberi risiko kepada Malaysia.

Beliau telah dimaklumkan oleh rakan sejawatannya bahawa sebarang maklumat yang telah disahkan berkaitan kejadian berkenaan akan dipanjangkan kepada pihak Malaysia.

Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, lima rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.

Mereka antara 20 orang yang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas. – BERNAMA

Kerajaan Malaysia ambil serius 2 anggota ATM terlibat IS

Tags: HishammuddinIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd