• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun Enam Yang Lemas Ditemui

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mayat murid tahun enam yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kerian, berdekatan Taman Menteri, kira-kira 125 kilometer dari sini, pada Rabu lepas, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay berkata mayat Mohamad Shafiq Shazanie Roslan, 12, ditemui terapung di bawah jambatan Taman Menteri pada pukul 9.45 pagi tadi oleh unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerian.

Mayat mangsa ditemui tiga kilometer dari tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Rabu lepas, Mohamad Shafiq dikatakan mandi bersama adik dan tujuh rakannya di Sungai Kerian yang terletak 100 meter dari belakang rumahnya di Taman Menteri.

Loo berkata mangsa dikatakan tenggelam timbul dan hilang dibawa arus sungai yang deras berikutan hujan lebat di hulu sungai.

Polis menerima laporan sejam selepas kejadian itu dan seterusnya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerian untuk membantu operasi mencari, katanya.

Operasi mencari disertai anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerian dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. – BERNAMA

Dua beradik hilang dikhuatiri lemas di Sungai Perak.

Tags: lemas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd