• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Usaha Ganggu Proses Pencalonan Presiden MIC

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendakwa ada usaha untuk mengganggu proses pencalonan bagi jawatan Presiden MIC esok.

Katanya beliau dimaklumkan ada pihak yang akan datang beramai-ramai dan membuat kacau bagi mengganggu serta menakutkan anggota parti menyertai proses berkenaan di Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur.

“Kita tidak ganggu (sesiapa) tetapi apabila kita hendak mengadakan pencalonan (mereka) cuba ganggu, malah dikatakan turut ingin mengambil bahagian dalam pencalonan,” katanya kepada media selepas menyampaikan sijil kewarganegaraan kepada 40 pemohon program MyDaftar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Sementara MIC 2009 dalam mesyuarat pada 24 Julai menetapkan 21 Ogos sebagai tarikh penamaan calon bagi jawatan presiden manakala 6 Sept untuk pemilihan presiden parti.

Krisis parti berusia 68 tahun itu tercetus berikutan perbezaan pendapat antara bekas presiden Datuk Seri G.Palanivel dan Dr Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis lepas meminta parti itu mengadakan pemilihan semula.

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan bagaimanapun berharap ‘berita’ itu tidak menghalang anggota parti untuk hadir menjalankan tanggungjawab membuat pencalonan.

Beliau turut memberi peringatan kepada pihak yang berhasrat membuat kacau bahawa sebagai anggota MIC mereka tertakluk kepada peraturan dan perundangan parti yang membolehkan tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

Dr Subramaniam dalam pada itu turut memberi jaminan pimpinan parti sentiasa bersikap terbuka untuk menerima kembali anggota parti yang memilih haluan bertentangan selepas proses pemilihan semula MIC. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd