• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Jawab Isu Pertukaran Pegawai Kanan SB

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur portal berita yang melaporkan secara salah mengenai bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Khalid berkata, Abdul Hamid tidak pernah diarah untuk bercuti seperti dilaporkan media terbabit sebaliknya percutian beliau atas permohonan Abdul Hamid sendiri untuk tujuan berehat.

Malah, katanya, Abdul Hamid sebenanya sedia maklum tentang pertukaran tersebut yang ditawarkan selepas beliau menarik balik hasrat untuk bersara awal.

“Pertukaran Abdul Hamid sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) adalah sebagai satu pengiktirafan atas kemampuan dan pengalaman beliau dalam menangani isu-isu keselamatan.

“Pertukaran keluar beliau daripada PDRM bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md. Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan bagi tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa media semalam melaporkan kononnya bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memburuk-burukkan lagi imej kerajaan.

Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam. Bagaimanapun, beliau dilaporkan kononnya tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.

Khalid dalam pada itu menerangkan, majlis serah terima tugas yang dibuat secara tertutup dengan kiasan ia atas sebab-sebab tertentu merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau, majlis seperti itu bukan satu perkara yang luar daripada kebiasaan dan amalan dalam PDRM lebih-lebih lagi bagi cawangan khas yang tidak pernah mencari publisiti.

“Dakwaan cawangan khas sedang melalui proses `pembersihan’ bagi menggantikan pucuk pimpinan tertingginya dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baru adalah fitnah semata-mata.

“Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sendiri merupakan bekas pegawai cawangan khas yang amat berpengalaman dan dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara selepas beberapa kali melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatannnya,” kata Khalid.

Sehubungan itu, beliau menasihati pihak media supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana laporan yang tidak tepat akan mengundang pelbagai bentuk implaksi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, lebih bahaya apabila berita tersebut dibuat mengikuti kefahaman atau interpretasi penulis itu sendiri yang mungkin kurang faham dengan implikasi yang bakal timbul akibat bermain dengan ayat untuk menyedapkan penulisan. – MYNEWSHUB.CC

148 bekas petugas polis dan PDRM terima pingat

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd