• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Guru Semai Semangat Hari Kebangsaan Kepada Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Rasa cinta yang utuh kepada tanah air membuatkan seorang pesara guru meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara dengan caranya tersendiri.

Ab Malek Ab Syukor, 68, berkata rasa cintakan negara bukan sekadar ikutan dan bermusim sebaliknya lahir dari hati yang ikhlas dan disemai sejak kecil lagi.

“Perasaan itu perlu sentiasa disuburkan dengan mengambil kira nikmat keamanan dan kesejahteraan selepas negara mencapai kemerdekaan,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Laut di sini, hari ini.

Bersandarkan rasa cinta kepada negara, beliau tekad menyemai perasaan sama dalam kalangan lebih 100 kanak-kanak di kampungnya dengan mengajak mereka bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan.

“Sejak bersara lebih 10 tahun lepas, saban tahun saya menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meraikan Hari Kebangsaan bersama kanak-kanak di sini,” katanya.

Ab Malek berkata setiap tahun, beliau akan membeli lebih seratus bendera untuk diagihkan kepada kanak-kanak di kampungnya dan pada 31 Ogos, mereka berarak bersama-sama mengelilingi kampung sambil menyanyikan ‘Negaraku’ dan melaungkan ‘Merdeka’.

Beliau berkata bagi tahun ini, sambutannya tetap sama dan sebahagian persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan sudah pun siap diatur.

Selain menghias rumah dan halaman dengan bendera Jalur Gemilang, beliau mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan mewarna dan bersajak dengan hadiah menarik selain menyediakan jamuan pada hari itu.

“Sumbangan saya pada masyarakat amat kecil berbanding sumbangan negara kepada kita. Nikmat hidup dalam negara yang aman seperti Malaysia adalah hadia paling bermakna bagi saya.

“Saya rasa seronok bila melihat kanak-kanak seronok menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun. Ini satu kepuasan bagi saya,” katanya.

Ab Malek juga menjadikan rumahnya sebagai mini perpustakaan dengan lebih 1,000 bahan bacaan untuk menarik minat kanak-kanak membaca.

“Keinginan mendidik anak bangsa sentiasa berkobar dalam hati saya. Saya akan terus menyumbang khidmat ini selagi masih bernyawa,” katanya.

Ab Malek, yang berasal dari Lenggong, Perak, berkata mewujudkan generasi berilmu dan cintakan negara perlu dijadikan tanggungjawab bersama bagi memastikan tanah air terus aman dan makmur.

Isterinya, Wan Hasnah Wan Ahmad, 63, bangga dengan sikap Ab Malek yang masih mengekalkan sifat mendidik walaupun sudah lama bersara daripada kerjaya itu.

“Saya dan anak-anak sentiasa menyokong minat suami dan rumah kami juga meriah dengan kehadiran kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd