• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Penyokong JDT Ditahan Kerana Merusuh Di Luar Stadium

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan 14 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan rusuhan yang berlaku di luar Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Perak, malam tadi.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis turut cedera di kepala sehingga masing-masing menerima tiga jahitan manakala seorang lagi cedera di tangan kanan selepas dibaling dengan pelbagai objek termasuk batu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, kesemua penyokong itu berumur antara 18 dan 41 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 147/148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Katanya, kejadian berlaku pukul 11 malam apabila kira-kira 400 penyokong JDT berhimpun di laluan keluar penyokong Perak untuk menuju ke bas mereka.

Menurut Sulaiman, mereka berbuat demikian untuk menghalang dan membuat provokasi terhadap lebih kurang 200 penyokong Perak.

“Penyokong JDT telah mengeluarkan cacian dan mengejek penyokong Perak yang masih lagi berada di kawasan tempat duduk yang dikhaskan untuk penyokong pasukan pelawat.

“Pada masa sama, mereka telah membakar mercun roket dan menghalakannya kepada penyokong Perak.

“Berdasarkan tindakan agresif penyokong JDT itu, polis telah mengambil tindakan menangkap suspek yang disyaki membakar mercun tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sulaiman berkata, penahanan suspek itu kemudian menyebabkan anggota polis di situ diserbu, dimaki hamun dan dibaling pelbagai objek termasuk batu yang menyebabkan kecederaan kepada tiga anggotanya.

Menurutnya, berikutan tindakan penyokong JDT yang masih agresif, polis terpaksa membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan mereka.

“Pada masa sama, polis memberi kawalan rapi terhadap empat bas yang membawa penyokong dan pemain Perak.

“Bas itu diiringi sehingga ke sempadan daerah Johor Baharu Selatan melalui lebuhraya.

“Tiada insiden bas dibaling batu atau apa-apa yang mengancam konvoi, walaupun terdapat kira-kira 50 motosikal penyokong JDT mengekori bas tersebut,” katanya.

Situasi di dalam dan luar stadium hanya berjaya dipulihkan kira-kira 1.15 pagi ini, tidak lama selepas bas membawa penyokong dan pemain Perak berlepas.
Dalam perlawanan itu, JDT menundukkan Perak 4-1. – BERNAMA

Pergaduhan antara pemain Perak dan Johor DT pada 24 April 2015

Tags: Rusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd