• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lensa Anak Muda Malaysia Gesa PAS Keluar Dari Pakatan Rakyat

oleh AK-47
01/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menggesa agar PAS mengambil langkah untuk berundur daripada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya gagal bertindak tegasa terhadap kelompok dalam parti itu yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR.

Perkara itu dizahirkan dalam memorandum kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang juga mahu agar parti bertunjangkan Islam itu mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa pro-pembangkang termasuk Safwan Anang iaitu bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) menyerahkan memorandum itu kepada Pengawai Penerangan PAS Pusat Muhamad Shahir Abu Hasan.

“Sehingga semalam pemimpin PAS yang masih mengeluarkan kenyataan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan PKR lebih banyak bersikap responsif terhadap kenyataan yang dimulakan oleh pemimpin PAS,”

“Jika kata PAS berhenti daripada meneruskan kenyataan yang merugikan Pakatan, kita yakin rakan lain juga akan berhenti”, katanya di luar ibu pejabat PAS hari ini.

Menurut Shukri Razak, teguran juga akan dibuat kepada 2 lagi rakan Pakatan iaitu PKR dan DAP bagi menghindarkan perkara ini daripada lebih buruk di masa akan datang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini, Lensa memberi amaran kepada PAS agar berdiam diri daripada bercakap.

Kordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan PAS membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR.

“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lalu sebetulnya sudah mampu menyelesaikan masalah yang berlaku. Namun selepas mesyuarat tersebut, PAS beberapa kali membuat pusingan “U” menyebabkan konflik semakin buntu.”

“Walaupun pada 17 Ogos mesyuarat Pimpinan Pakatan sepakat menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor namun selepas mesyuarat tersebut PAS berkeras untuk tidak menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut.”

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz sebagai pencetus ketegangan.

Presiden PAS dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 pada 21 September lalu menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah.

PAS kini berdepan 2 tamparan hebat apabila kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Perkara itu didakwa daripada keengganan parti itu untuk menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

(Sumber: http://news.abnxcess.com)

Tags: PASselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd