• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azab Tiga Jam Sangkut Dalam Mesin Basuh Pakaian

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba Australia untuk melepaskan diri daripada mesin basuh selepas terperangkap lebih tiga jam.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu terperangkap dari pinggang ke bawah badan dalam mesin basuh muatan atas itu di kediamannya sendiri di Lakemba, barat Sydney, baru-baru ini.

“Memang tugasan ini cukup menarik kerana pihak kami sendiri tidak pernah melakukan operasi menyelamat aneh seperti ini,” kata Bomba New South Wales di laman Facebook rasminya.

Anggota bomba dilaporkan terpaksa meleraikan mesin basuh itu terlebih dahulu dan meletakkan bongkah kayu untuk menstabilkan posisi lelaki berkenaan sepanjang proses untuk mengeluarkannya.

“Sebaik bahagian luar dileraikan, pihak kami memotong tong diperbuat daripada keluli tahan karat untuk membolehkan lelaki terbabit dapat dikeluarkan,” kata laman Facebook itu lagi.

Ujarnya, proses operasi agak pelik tersebut hanya mengambil masa lebih daripada sejam sebelum lelaki itu segera dibawa ke sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, ketua balai bomba Bankstown, David Cross berkata: “Tidak dinafikan ini antara tugasan paling pelik pernah kami terima setakat ini.

“Mangsa mujur begitu tenang sepanjang proses mengeluarkannya walaupun keadaan dirinya itu memang sangat tidak selesa.” – Agensi/Mynewshub.cc

https://youtu.be/QTAOgg9aTaI

Tags: Mesin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Murid Kantoi Guna Robot Siapkan Kerja Sekolah

20/02/2019
0

SHANGHAI - Wajarkah seorang murid menggunakan mesin untuk menyudahkan kerja sekolah yang diberikan guru? Seorang pelajar perempuan di Harbin, China...

Kulit Kepala Tercabut Dalam Mesin Akibat Rambut

12/05/2017
0

BEIJING - Seorang pekerja kilang plastik nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kulit kepalanya tersiat selepas rambutnya tersangkut dalam mesin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd