MUNGKIN ada yang tidak mengenali jenama Leagoo, namun syarikat pengeluar peranti pintar dari China ini merupakan pengeluar yang semakin meningkat naik.
Mereka telah membawakan telefon pintar mereka untuk pasaran Malaysia sejak daripada tahun lepas.
Terkini, mereka turut menambah koleksi penawaran peranti dengan melancarkan siri telefon pintar Leagoo Elite untuk pasaran tempatan.
Leagoo Elite hadir dalam tiga variasi peranti, iaitu Elite 1, Elite 4 dan juga Elite 5 di mana ketiga-tiganya akan hadir pada penghujung bulan Ogos ini.
Leagoo Elite 1 merupakan telefon pintar utama dan menjadi fokus utama mereka ketika pengenalan.
Ia hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, rekaan berasaskan logam, dan sebuah butang pintar pada bahagian tepi untuk akses pantas untuk multi-function.
Leagoo Elite 4 pula merupakan peranti berspesifikasi sedikit rendah,  hadir dengan skrin 5-inci, storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Leagoo Elite 5 pula menggunakan cip lapan-teras dengan memori 2-GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.
Leagoo Elite 1 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas bermula 5 September ini pada harga RM999.
Leagoo Elite 4 dan Leagoo Elite 5 pula akan dijual bermula penghujung Ogos, masing-masing pada harga RM499 dan RM599.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip lapan-teras 1.3Ghz, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.
Peranti ini menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Sumber: Leagoo Malaysia
