• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAINS Siasat Dua Restoran Guna Air Curi di N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua buah restoran di Negeri Sembilan disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 kerana disyaki mencuri bekalan air bersih untuk tujuan perniagaan.;

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) berkata, restoran yang terletak di Port Dickson di Rantau itu dikesan mencuri bekalan air dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa pada 6 Ogos lalu.

“Serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah restoran di Port Dickson, manakala serbuan kedua ke atas sebuah restoran di Rantau pada pukul 5 petang.

“Ketika serbuan di lokasi, pihak penguatkuasa mendapati penghuni-penghuni premis telah melakukan penyambungan menggunakan meter tidak sah bersaiz 15mm. Air yang diperolehi daripada penyambungan itu didapati digunakan untuk operasi harian kedua-dua perniagaan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai penguatkuasa Sains yang menjalankan ujian klorin dua lokasi berkenaan mendapati bekalan air yang digunakan di situ adalah air terawat milik Sains.

Kata kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukan denda RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan airNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd