• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tak Terlibat Komplot Guling Kerajaan

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI MANJUNG – Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mendedahkan perkara tersebut memandangkan beliau dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden UMNO itu.

“Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin.

“Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini, malam ini.

Turut hadir, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Lumut serta Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad.

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan komplot untuk menarik 37 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai 87 pembangkang serta seorang anggota Parlimen Bebas.

Beliau berkata ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.

“Mereka akan gunakan ‘point of order’ (peraturan Parlimen) untuk cabar speaker dengan menyatakan mereka mempunyai majoriti iaitu 125,” katanya.

Ahmad Zahid juga meminta agar seseorang pemimpin tidak dihukum oleh mahkamah rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu dan karenah tanpa membawa bukti secara perundangan.

“Ini kononnya bukan komplot untuk menjatuhkan kerajaan tetapi hanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib serta bertujuan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau juga berkata perkara itu tidak harus dibiarkan berlaku kerana rakyat perlu menganggap Perdana Menteri adalah satu institusi yang harus dipertahankan.

“Kita tidak mahu Malaysia diperintah oleh Perdana Menteri boneka yang dilantik atas kompromi politik perkahwinan mutaah.

“Saya sanggup menitiskan darah saya untuk mempertahankan negara kerana saya tidak mahu negara diperintah parti lain yang masuk dengan kaedah ikut pintu belakang.

“Sebab itu saya komited untuk membantu Perdana Menteri bagi menentukan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang sah,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata landskap politik di negara ini sudah berubah kerana ‘kumpulan suara minoriti’ lebih didengar berbanding ‘kumpulan majoriti senyap’.

Beliau berkata ini berlaku berikutan kesiap siagaan parti telah berkurangan.

“Bangunlah, bangkitlah seluruh anggota UMNO…masa untuk tidur nyenyak sudah tamat, bangkitlah supaya kita boleh mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi tunggak kepada kepimpinan negara,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd