• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpu Usaha ‘Meremajakan’ UMNO – Mukhriz

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mahu tumpuan diberikan terhadap usaha ‘meremajakan’ UMNO kerana majoriti pengundi merupakan golongan muda.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata langkah itu penting bagi menarik minat orang muda untuk menyertai perjuangan UMNO selain memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Orang muda pada ketika ini lebih cenderung kepada pembangkang yang menonjolkan pemimpin muda yang lantang bersuara walaupun isinya belum tentu lagi ada.

“Saya mohon untuk kita menjamin kesinambungan perjuangan parti. Orang lama harus mendidik pewaris perjuangan ini, didik mereka supaya mereka ini tidak menyimpang daripada perjuangan, ajar mereka bagaimana kita berjuang dan benarkan mereka untuk memilih apa jua cara pendekatan yang sesuai dengan keadaan semasa,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kampar di Dewan Banquet RTC Gopeng hari ini.

Selain itu, Mukhriz berkata kebajikan rakyat perlu dijaga kerana mereka akan menyokong UMNO dan BN jika pemimpin dan anggota parti komited membantu dan memahami situasi yang mereka alami.

“Rakyat ini juga daripada kalangan orang yang bersyukur, tahu kenang budi, siapa yang berbudi kepada mereka, selalu pergi berjumpa dengan rakyat jadi sahabat … itu sebenarnya yang beri kemenangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd