• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Perlu Banyak Minum Air, Kurangkan Aktiviti Luar

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya banyak minum air dan mengurangkan aktiviti di luar bangunan berikutan cuaca panas melampau semasa musim haji kali ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Tabung Haji (TH) Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata cuaca panas di kota suci Makkah dan Madinah dijangka melebihi 50 darjah celsius, yang memerlukan para jemaah haji mengutamakan aspek kesihatan diri mereka.

“Cuaca dijangka sekitar 35 hingga melebihi 50 darjah Celsius, pada waktu malam suhu cecah 35 darjah Celsius dan pada sebelah siang boleh melebihi 50 darjah Celsius,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak 220 petugas perubatan akan memberikan khidmat kepada jemaah sepanjang perjalanan ibadah haji 1436H ini.

Petugas berkenaan akan ditempatkan di pusat-pusat rawatan di Makkah, Madinah dan Jeddah.

“Petugas perubatan terlibat akan bertugas di dua pusat rawatan di Makkah, dan sebuah pusat perubatan di Madinah dan Jeddah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, bagi menempatkan jemaah haji yang memerlukan rawatan lanjut di hospital-hospital Arab Saudi di Makkah, Madinah, Jeddah, Arafah dan Mina.

Selain itu beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya membeli minuman yang dijual dalam botol, selain tidak membeli makanan yang terdedah.

Jemaah haji Malaysia mula tiba hari ini menerusi penerbangan pertama KT1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi (5.30 pagi waktu Malaysia).

Kumpulan pertama terdiri daripada 450 jemaah itu dijangka tiba pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Jumlah jemaah haji Malaysia tahun ini ialah seramai 22,320 jemaah yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.

Sebanyak 32 penerbangan dijadualkan tiba di Madinah dan 32 lagi tiba di Jeddah.

Penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci ialah pada 16 Sept manakala penerbangan pulang jemaah dijadualkan bermula 29 Sept hingga 27 Okt depan. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd