• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Isu Dana Politik, Tumpu Soal Kepentingan Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.

Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

“Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.

“Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian di sini, hari ini.

Yang turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kepala Batas.

Najib berkata media massa terutamanya media sosial menjadi punca kekalutan pemikiran rakyat sehinggakan perkara yang tidak benar boleh dianggap sebagai benar.

Justeru, katanya semua anggota parti perlu memainkan peranan membetulkan persepsi rakyat dengan memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit.

“Nasib saya jadi perdana menteri (semasa) media sosial menjadi media utama bukan lagi media cetak. Inilah seperti mana berlaku dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), mereka boleh pusingkan cerita kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh yang kita bawa masuk jadi pengundi dalam PRU13.

“Cuba bayangkan benda macam itu, cerita tak benar pun, tak disiasat, tak dipastikan kebenaran (dan) diterima, ditelan bulat-bulat. Sampai hari pengundian tu ada orang yang rupa macam Bangladesh kena kejar,” katanya.

Dalam pada itu, Najib yakin UMNO dapat tangani cabaran jika semua anggota mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap parti.

Menjadikan Abdullah sebagai contoh, beliau berkata bekas perdana menteri itu tidak pernah merajuk, meradang mahupun menyumpah UMNO walaupun digugurkan daripada Kabinet malah tetap terus membantu parti berkempen pada pilihan raya.

“Jiwanya begitu ikhlas, bersih terhadap UMNO tetapi kepimpinannya, perwatakannya boleh jadi ikutan kepada kita bahawa dalam apa jua keadaan, cuba bayangkan digugurkan daripada Kabinet, (tetap) terus berjuang mempertahankan UMNO,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/aj7iKswm5II

Tags: dana politikNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd