• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Corduroy Sekali Lagi Diiktiraf Tertua Didunia

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Buat kali kedua, Corduroy menempah sejarah tersendiri apabila dinamakan sebagai kucing tertua di dunia pada usia 26 tahun.

Rekod dunia itu dikembalikan kepada kucing yang dipelihara di Sisters, Oregon, Amerika Syarikat ini berikutan kematian pemegang rekod sebelum ini, Tiffany Two, Mei lalu.

Tiffany Two yang memegang gelaran selama tujuh bulan sahaja mati pada usia 27 tahun, dua bulan dan sembilan hari, lapor ABC News.

Corduroy pula menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 1 Ogos lalu.

Sebelum ini Corduroy pernah memenangi anugerah itu, tetapi gelaran itu ditarik balik Oktober tahun lalu apabila pegawai Guinness World Records menyedari mengenai kewujudan Tiffany Two dan usianya.

Pemilik Corduroy, Ashley Reed Okura bangga dengan pengiktirafan kucingnya kali ini.

Beliau percaya kucingnya boleh hidup lama kerana berasal dari gen yang baik.

Sebelum ini, kucing yang paling lama pernah hidup ialah Creme Puff yang mati pada 2005 ketika berusia 38 tahun dan tiga hari. – mStar

https://youtu.be/rTHEBF17y6Y

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd