• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sambut Baik Pengumuman Najib

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, jawatankuasa bagi pembiayaan politik itu bakal merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

“SPRM berharap pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang hendak diwujudkan ini akan dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada anggota parti-parti politik, malah rakyat dan generasi akan datang,” kata kenyataan itu hari ini.

Najib semalam mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Menurut Najib, dalam tempoh setahun, jawatankuasa itu akan menyediakan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, Najib berharap pihak pembangkang menerima cadangan tersebut yang diyakini mampu meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada ahli parti-parti politik, malah rakyat dan generasi akan datang.

SPRM dalam pada itu menegaskan, sesetengah masyarakat dalam negara hanya menilai sesebuah parti politik berdasarkan persepsi yang tidak baik semata-mata kerana parti berkenaan dilibatkan dengan sumbangan dana politik.

Justeru, kata SPRM, adalah penting bagi sesebuah parti politik untuk sentiasa membina persepsi positif dalam kalangan masyarakat dengan mengisytiharkan apa jua punca kewangan sesebuah parti politik bagi tujuan pemantauan pihak berkuasa.

Tambah SPRM, pelaksanaan JKNMPP juga secara langsung akan mengelakkan seseorang ahli politik yang disiasat menerima rasuah menjadikan alasan duit yang diterima dan dimasukkan dalam akaun persendirian merupakan sumbangan untuk dana parti politik sedangkan tiada sebarang butiran atau dokumentasi yang sewajarnya dikemukakan.

“Bagi dana politik yang ingin diberikan terus kepada individu dalam parti tertentu, ia hendaklah mendapat kelulusan bertulis dari ketua parti masing-masing dan dana politik berkenaan hendaklah tidak mempunyai kaitan langsung dengan tugas rasmi kedua-dua individu yang menerima dan yang menderma dana politik berkenaan,” kata SPRM.

Selain itu, SPRM mahu pelan pembiayaan politik berintegriti yang hendak dibentuk itu memasukkan komponen mewajibkan anggota pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan mengisytiharkan apa jua sumbangan derma dan hadiah yang diterima.

“Langkah ini penting bagi mewujudkan satu mekanisme yang menyeluruh.ini, SPRM bersedia untuk memberi input dan pandangan kepada JKNMPP,” kata SPRM. – mynewshub.cc

 

Tags: Najib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd