• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat 3 Pihak Tentukan Semula Kawasan Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia bagi menentukan semula kawasan pencarian pesawat MH370 dijangka awal September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 itu berkata antara perkara akan dibincangkan pada mesyuarat itu adalah sama ada kawasan pencarian perlu diperkecilkan setelah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat MH370.

“Setelah flaperon disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat, kawasan pencarian mungkin akan ditentukan semula dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Aidilfitri 2015 Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemukan di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat MH370.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur hilang pada 8 Mac, 2014.

Sementara itu, Jailani berkata kementerian itu sehingga kini telah menemui lebih 50 pihak berkepentingan bagi usaha meminda Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya draf pindaan akta berkenaan dijangka dibawa ke sidang Parlimen Oktober ini.

“Pindaan ini bukan hanya melihat semula peruntukan dari segi media sosial tetapi juga secara keseluruhan termasuk penguatkuasaan dan penambahbaikan dalam akta ini,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak sebelum ini mencadangkan dua akta berkenaan dipinda bagi memastikan dunia tanpa sempadan ketika ini tidak disalah guna sehingga boleh mengancam kepada berlakunya jenayah. – BERNAMA

 

Tags: DCAMASMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd