• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan S’gor Mahu Pegawai Kadet Palapes Teruskan Kerjaya Dalam ATM

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) akan meneruskan kerjaya dalam angkatan tetap atau dalam pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas ditauliahkan.

Titah baginda, ini supaya ilmu yang diperoleh tidak disia-siakan sekaligus dapat menyumbang kepada pertahanan dan kesejahteraan negara dalam menghadapi sebarang ancaman daripada luar mahupun di dalam negara.

“Beta berkehendakkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang menjadi Palapes digunakan dan diperkemaskan lagi bagi menghadapi sebarang cabaran pada masa akan datang.

“Oleh yang demikian, ilmu ketenteraan yang dipelajari di dalam jangka waktu tiga tahun bersama-sama Palapes amatlah berguna dan perlu terus diperkemaskan lagi di pasukan simpanan yang akan disertai kelak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes Institut Pengajian Tinggi Awam ke-34 di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.

Pada istiadat itu, seramai 1,628 pegawai kadet Palapes membabitkan 18 Universiti Awam termasuk Akademi Laut Malaysia (ALAM) ditauliahkan untuk angkatan tetap dan simpanan dalam ATM.

Baginda mengingatkan pegawai yang ditauliahkan agar dapat meneruskan sumbangan bakti yang tinggi untuk negara dalam segala aspek walau di mana mereka berada dan boleh menyumbang dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada anasir-anasir yang tidak diingini.

Titah baginda tema pentauliahan ‘Watan Mendaulat Nusa’ amat sesuai untuk pegawai yang ditauliahkan menjadi contoh teladan serta modal insan kepada yang lain.

“Yang penting beta mahu melihat di dalam negara bermasyarakat majmuk ini rakyat sentiasa hidup secara harmoni, bertoleransi dan berbaik-baik sesama sendiri berasaskan budaya ketimuran serta mengamalkan prinsip 1Malaysia bagi mengukuhkan ikatan persahabatan di antara semua bangsa,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. – BERNAMA

 

Tags: ATMSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS berhubung isu penternakan babi...

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd