• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Cuba Keruhkan Hubungan Polis-SPRM Akan Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pihak polis memberi amaran ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan hubungan baiknya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, tindakan tegas menanti mereka yang cuba berbuat demikian terhadap kedua-dua agensi penguatkuasa itu.

“Golongan yang mahu mengeruhkan keadaan akan berhadapan dengan tindakan tegas. Saya ingatkan semua pihak jangan mengambil kesempatan mengeruhkan hubungan baik pihak polis dengan SPRM melalui media maya atau sebarang siaran “, katanya Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya.

Noor Rashid mengulas tindakan beberapa pihak yang cuba mengeruhkan hubungan baik sedia terjalin di antara polis dan SPRM menerusi pelbagai laporan tidak berasas di dalam media sosial.

Mengenai usaha polis untuk melumpuhkan kegiatan pengganas IS di negara ini, Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, pihaknya telah berjaya menangkap kira-kira 100 individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Menerusi usaha perisikan yang berterusan, kegiatan kumpulan itu untuk merekrut lebih ramai rakyat negara ini untuk menganggotai IS telah hampir dilumpuhkan, katanya.

Katanya, siasatan menunjukkan laman sosial merupakan medium perhubungan utama untuk mempengaruhi individu di negara ini untuk menyertai pertubuhan pengganas itu di Syria.

Kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-17 tahun ini. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ZTtXPu9KazE

Tags: polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd