• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Beranak Maut Selepas Kereta Dinaiki Dirempuh Lori

oleh Ahmad Albab
13/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dan ibunya maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas dan dirempuh sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat Kulaijaya, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 4.20 petang itu menyebabkan wanita berkenaan, Pong Nuo Xin, 27 serta ibunya, Liu Geok Thoo, 59, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md. Said ketika dihubungi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Pong, yang memandu kereta Toyota Estima dari arah bandar Kulaijaya ke Pekan Kelapa Sawit, gagal mengawal kenderaannya.

“Kereta itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang tiang tanda arah jalan sebelum memasuki lorong di sebelah kanan dalam keadaan melintang,” katanya.

Razak berkata, pada waktu sama, lori jenis Hino seberat tiga tan dari arah bertentangan merempuh sisi kiri MPV tersebut.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, Pong dan Liu tersepit di tempat duduk hadapan kereta berkenaan dan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala.

Katanya, pemandu lori itu dan kelindannya, yang kedua-duanya berumur 30an, hanya cedera ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=GTVYVfcE7OY

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd