• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Rumusan Negatif Penyusutan Nilai Ringgit

oleh Ahmad Albab
13/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya membuat rumusan negatif tentang penyusutan nilai ringgit.

Sebaliknya, katanya, orang ramai perlu menganalisis situasi itu dan melihat kepada aspek kebaikannya daripada kelemahannya sebelum membuat rumusan menyeluruh dan unjuran jangka panjang bakal dihadapi negara.

“Sama ada baik atau buruk apabila nilai mata wang negara menyusut bergantung kepada bagaimana negara boleh mendapat manfaat daripada keadaan itu.

“Dari segi pelancongan dan eksport, sudah tentu ia adalah baik. Dari segi hutang asing dan import ia adalah sebaliknya,” katanya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com Khamis.

Beliau mengambil perhatian bahawa nilai mata wang China iaitu Yuan telah menyusut dua kali berturut-turut yang menurut kalangan pakar ekonomi ada “baik dan buruk” tetapi secara menyeluruh, China bakal mendapat manfaat daripada nilai Yuan yang lebih rendah.

“Dan ini telah membuatkan banyak negara bimbang kerana aspek positif mengatasi yang negatif dan memihak kepada China,” kata Salleh.

Sementara itu, Euro yang turut digunakan oleh negara seperti Portugal, Greece, Itali dan Sepanyol dan susulan kelemahan ekonomi negara-negara berkenaan, nilai Euro turut lebih rendah daripada Pound British.

“Kalangan pengkritik menyatakan jika Jerman masih menggunakan Mark dan bukannya Euro, dengan itu barangan dan perkhidmatan Jerman akan lebih mahal daripada sekarang, tetapi oleh kerana Jerman menggunakan Euro dengan itu ia memberikan kelebihan dan tidak adil kepada negara lain di dunia.

“Dalam erti kata lain, nilai Euro yang lebih rendah adalah baik bagi Jerman, yang mendapat manfaat daripada keadaan itu,” katanya dan menurutnya walaupun dilihat seolah-olah tidak adil, Jerman tidak melakukan apa-apa yang salah dari segi moral atau tidak sah kerana itulah cara bagaimana sistem itu beroperasi.

Nilai ringgit, yang akhir-akhir ini mengalami trend menyusut, pulih sedikit

berbanding dollar US dalam sesi dagangan awal hari ini, kata kalangan peniaga.

Pada 9.30 pagi, ringgit disebut harga pada 3.9900/9970 berbanding dollar US daripada 4.0375/0415 pada 5 petang semalam. – BERNAMA

 

Tags: mata wangSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Berusaha Selesaikan Isu Penyusutan Ringgit

01/12/2019
0

PETALING JAYA - Kerajaan berusaha mencari langkah untuk menyelesaikan isu penurunan ringgit memandangkan penyusutan nilai mata wang negara menjadi antara...

Dinar Tertera Nama Allah, Muhammad Dijual 3.7 Juta Euro

26/10/2019
0

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun itu bernilai 3.7 juta euro. Bertarikh 723...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd