• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Boleh Tendang Kepala Sendiri 134 Kali Dalam 1 Minit

oleh AK-47
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPIAN seorang remaja untuk memecahkan rekod dunia ternyata menjadi realiti selepas berjaya mencatatkan rekod ‘The Most Kicks To Head In One Minute (Self)”.

Remaja yang dikenali sebagai Puskar Nepal, 19, dilaporkan mampu menendang pada dahinya sebanyak 134 kali dalam masa 60 saat menggunakan teknik kaki berselang- seli.

pus

Puskar memegang gelaran ‘Individu yang paling banyak menendang diri sendiri dalam masa satu minit’ sejak minggu lepas selepas mempersembahkan aksi tersebut kepada pihak Guinness World Records pada bulan Disember lalu.

Bercerita mengenai keunikan dirinya, pelajar dari Sindhupalchowk, Nepal ini berkata, dia sudah lama memasang impian untuk dicatatkan dalam buku rekod dunia.

“Saya belajar aksi ini beberapa tahun lalu selepas mengetahui terdapatnya kategori menendang dahi sendiri.

“Saya memilih untuk mencuba dan memberi sepenuh tumpuan untuk menjayakan aksi tersebut.

“Latihan bagi melakukan perbuatan menendang kepala itu sangat sukar. Oleh itu, saya berusaha keras selama lapan, sembilan bulan sehinggakan tubuh saya mampu menjadi fleksibel kerana aksi itu memerlukan saya membongkok selama satu minit,” katanya.

Selain itu, Puskar akui perbuatannya itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakan dan keluarganya yang berpendapat ianya boleh mendatangkan kecederaan pada Puskar.

Bagaimanapun, Puskar yakin kerana selama dia berlatih melakukan aksi tersebut dia tidak mendapat sebarang kecederaan.

Katanya lagi, dia berharap dengan kejayaannya itu mampu menyumbang sesuatu untuk rakyat miskin miskin sepertinya di luar bandar.

“Saya mahu orang-orang dari negara-negara lain untuk tahu tentang saya. Memecahkan rekod dunia sentiasa menjadi impian bagi saya dan kini ia dipenuhi,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.uk

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=wsREf1b6YZM

Tags: Guinness World RecordsNEPALtendang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

Isteri Bekas PM Nepal Maut Selepas Rumah Dibakar Perusuh

10/09/2025
0

KATHMANDU: Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, maut selepas penunjuk perasaan membakar rumah mereka di kawasan Dallu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd