• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Hikmah Tersirat Nilai RM Jatuh

oleh
24/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini, nilai mata wang ringgit adalah RM4 bagi satu dollar Amerika Syarikat (AS). Apabila saya buka Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di laman sosial itu menghentam kerajaan berkenaan isu ringgit.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok hari.

Lucunya dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia berjaya menjalani transformasi daripada menjadi pakar perlembagaan, penganalisis penerbangan dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan UMNO. Malah ada satu kumpulan dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di negara mereka’.

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa:

  • Rouble Rusia hilang 114 peratus berbanding dolar AS
  • Rupiah Indonesia hilang 51 peratus berbanding dolar AS
  • Rupee India hilang 38 peratus berbanding dolar AS
  • Krone Norway hilang 37 peratus berbanding dolar AS
  • Dollar Australia hilang 24 peratus berbanding dolar AS
  • Euro EU hilang 20 peratus berbanding dolar AS
  • Baht Thailand hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah saya perlu teruskan lagi perbandingan dengan mata wang negara lain?

Baca: Ringgit Lemah Tapi 51 Mata Wang Lain Lagi Teruk

Juga: Alkisah Ringgit Apabila Bank Negara Bersin

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan ketara nilai mata wang negara-negara ini adalah akibat kejatuhan harga dagangan minyak mentah antarabangsa apabila diniagakan pada AS$70-80 setong.

Beberapa tahun yang lalu dan kini ia jatuh amat teruk kepada hanya AS$50 setong. Mujur bukan AS sahaja rakan niaga utama Malaysia dan prestasi ringgit kita juga tidak diukur hanya berbanding dolar AS sahaja.

Justeru apabila kita lihat pada kadar ringgit, ia sebetulnya:

  • Lebih kukuh berbanding dollar Kanada (2 peratus)
  • Lebih kukuh berbanding rupee India (10 peratus)
  • Lebih kukuh berbanding yen Jepun (14 peratus)
  • Lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia (18 peratus)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh. Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir sebanyak 20 peratus?

Sesetengah daripada kita cepat untuk beri berita negatif dan pantas ulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa ringgit pernah jatuh lebih dahsyat serendah RM4.725 untuk satu dolar AS pada 7 Januari 1998 (Nota: Kadar jualan BNM di kaunter bahkan adalah lebih daripada RM4.80 sehingga RM4.88).

Mungkin mereka yang rancak ‘hentam’ keadaan ekonomi kita menerusi Facebook kini masih lagi di bangku sekolah rendah pada waktu itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa-apa pun yang berlaku pada tahun 1998 lalu.

Itu adalah zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan kejatuhan ringgit akibat permainan spekulasi peniaga antarabangsa menyebabkan sesiapa yang berada pada ketika itu dulu terpaksa menghadapi:

  1. Tanggungan kos isi rumah yang membebankan
  2. Kehilangan pekerjaan atau sukar mendapat pekerjaan
  3. Kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
  4. Inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2 hingga 3 peratus pada hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba fikirkan sejenak realiti yang berlaku pada tahun 1998-1999 waktu itu.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu ketika zaman Anwar Ibrahim! Ini bermakna senario sekarang masih lagi boleh dianggap sebagai stabil.

Mungkin anda boleh berdalih mengatakan ia adalah sejarah lalu supaya anda boleh lagi terus galak menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan kerajaan BN untuk kejatuhan nilai ringgit pada hari ini.

Tetapi bayangkan pada masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda menerusi Facebook atau Twitter, tanyalah jujur diri sendiri, apakah benar penurunan nilai ringgit memberi kesan kepada diri anda?

  1. Adakah anda beli-belah secara talian daripada laman web AS?
  2. Adakah anda merancang untuk terbang ke AS pergi bercuti?
  3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di AS?
  4. Adakah anda import barang yang akan dijual semula di Malaysia?
  5. Adakah anda beli barang keperluan dan makanan AS untuk digunakan di sini?
  6. Adakah anda sama sekali guna dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Hanya jika anda jawab ‘Ya’ kepada perkara di atas, baharulah anda terjejas akibat kejatuhan ringgit. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji masih dalam RM dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dollar AS.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke AS, Britain dan beberapa destinasi Barat lain.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan kredit terbesar di dunia, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan “Stabil” kepada ekonomi Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka masih lagi berfikit tahayul sahaja akan bising kata Malaysia sudah hancur!

* Petikan rencana asal oleh Goh Wei Liang disiarkan MalayMail.

Tags: mata wangringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd