• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016 Tumpu Tangani Persepsi Negatif Rakyat Isu Keselamatan

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi perhatian untuk memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap isu keselamatan negara dalam Bajet 2016 akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata ini penting kerana walaupun kadar jenayah semakin menurun, namun persepsi rakyat mengenai keselamatan dan rasa selamat mereka menyatakan sebaliknya.

“Isu pengurusan persepsi ini penting bagi memulihkan keyakinan rakyat dan secara tidak langsung akan memberi pengaruh dan tarikan kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Tumpuan bagi Meningkatkan Keselamatan Awam di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Menurutnya, polis telah berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak lebih 40 peratus sejak tempoh lima tahun lalu namun maklum balas mengenai rasa selamat daripada orang awam telah menurun dari 47.5 peratus pada 2011 kepada 39 peratus pada tahun lepas.

Katanya antara langkah yang dipertimbangkan untuk meningkat keyakinan rakyat terhadap keselamatan negara adalah meningkatkan lagi kerjasama agensi kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

“Ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan badan bukan kerajaan, rukun tetangga, kesatuan penduduk serta penglibatan institusi keagamaan di pusat-pusat ibadat,”, katanya.

Johari berkata persepsi negatif mengenai keselamatan negara turut disebabkan oleh berita-berita palsu di media sosial yang menyebabkan rakyat merasa takut akan keselamatan diri mereka.

“Soal persepsi mengenai keamanan negara juga terjejas seperti posting di media sosial yang menyatakan ada yang putus tangan kerana pergaduhan, tapi cerita sebenarnya adalah kerana kemalangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd