• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Lin Dan Gah Menang Emas Perseorangan Badminton

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Lin Dan melakar lagi nama selaku pemain badminton tersohor dalam pentas Sukan Asia apabila memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki selepas menewaskan Chen Long dalam final di sini, hari ini.

Juara Olimpik dan dunia itu mengambil masa 82 minit untuk menewaskan rakan senegaranya dari China dan pilihan kedua itu dengan kemenangan 12-21, 21-16,21-16 di Gimnasium Gyeyang.

Pemain berusia 30 tahun dari Longyan, Fujian itu tetap gah dan tidak menunjukkan sebarang gambaran bahawa era dia sudah mahu berakhir.

Apabila ditanya apakah sasaran berikut dia berkata dia mampu bertahan sehingga Sukan Olimpik 2020.

“Saya sudah bersedia mahu beraksi di Tokyo nanti,” katanya yang menewaskan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dalam separuh akhir.

Kejayaan itu sekali gus membantunya mempertahankan gelaran yang dimenangi di Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan ia juga emas keempat sepanjang penyertaan dalam temasya sukan terbesar benua ini.

Dua lagi emas menyusul dari acara berpasukan pada 2010 (Guangzou) dan 2006 (Doha).

Sementara itu, pingat gangsa dimenangi Chong Wei dan Wei Nan dari Hong Kong. – Agensi

Tags: badmintonSukan Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd