• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah Lindungi Pembalakan Haram

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah sebagai dorongan untuk melindungi kegiatan pembalakan haram di Sungai Sut di Kapit pada tahun lepas.

Insp Mohamad Nazri Daheri, 36, dari Jabatan Siasatan Jenayah Kapit didakwa menerima suapan berjumlah RM16,000 antara Ogos dan Oktober tahun lepas daripada seorang lelaki dikenali sebagai Stephen Kon.

Tertuduh yang tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia didakwa menerima suapan RM3,000 pada 2.40 petang, 24 Ogos di sebuah restoran di Kapit; RM5,000 pada 11.58 pagi, 11 Sept melalui akaun bank milik Fitero Rafi-ee di sebuah bank di Tabuan Jaya, Kuching; dan RM8,000 pada 10.25 pagi, 20 Okt di sebuah hotel di Sibu.

Mohamad Nazri didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais manakala tertuduh diwakili peguam Louis Jarau. – BERNAMA

 

Tags: Pembalakanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd