Perjalanan pulang terakhir bagi 20 jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang bermula jam 10 pagi tadi berjalan lancar seperti yang direncanakan sebelum ini.
Sebanyak 17 keranda dan tiga bekas abu mayat dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah sebelum disemadikan di tanah perkuburan sebentar nanti.
Tepat jam 10.55 pagi tadi juga merupakan waktu bertafakur bagi seluruh Malaysia sebaik sahaja selesai menurunkan jenazah ke-20 daripada pesawat yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Di bawah merupakan sebahagian gambar sepanjang istiadat penghormatan penerimaan jenazah kumpulan pertama rakyat Malaysia.
Oleh: JULIANA JOHAR
Kredit Foto: mStar









