• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Rancang Dua Projek Jana Pendapatan

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua projek iaitu penanaman pokok ketum untuk tujuan perubatan dan penjanaan tenaga suria dirancang untuk dilaksanakan bagi menjana pendapatan tambahan kerajaan negeri, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, projek menjana tenaga elektrik daripada sumber suria di Lembah Chuping yang merupakan kawasan paling panas di negara ini telah menerima banyak permohonan daripada syarikat tempatan dan luar negara termasuk China dan Amerika Syarikat.

“Kira-kira satu perempat daripada kawasan seluas 1,200 hektar tanah yang disediakan untuk projek pembangunan Lembah Chuping akan dijadikan tapak penjana tenaga suria atas dasar sewa kepada syarikat berminat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, syarikat terlibat bagaimanapun perlu berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memasarkan tenaga suria yang dijana.

Lembah Chuping mempunyai potensi besar untuk projek penjanaan tenaga itu memandangkan ia pernah menerima pancaran matahari melebihi 40 darjah celsius, katanya.

Mengenai projek tanaman pokok ketum untuk tujuan perubatan itu, beliau berkata ia akan diusahakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sungai Chuchuh di Padang Besar.

Menurut beliau, UniMAP telah diminta membuat penyelidikan intensif untuk mengetahui sejauh mana daun ketum berguna untuk tujuan perubatan sebelum tanaman besar-besaran dilaksanakan untuk tujuan komersial.

Mengikut sejarah masyarakat Perlis, daun ketum ada digunakan untuk mengubati penyakit angin dalam badan dan cirit birit, kata Azlan. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd