• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Tangguh Emas Ke-4 Negara Dari Sukan Pelayaran

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Malaysia terpaksa menunggu sehari lagi untuk mengesahkan pingat emas dalam acara perahu layar apabila hujan lebat memaksa dua perlumbaan terakhir ditangguhkan pada temasya Sukan Asia ke-17 di Wangsan Sailing Marina, dekat sini, hari ini.

Dalam acara ‘Double Handed Dinghy 420’ lelaki, jurumudi Mohamad Faizal Norizan dan kru, Ahmad Syukri Abdul Aziz, menduduki tangga teratas dengan 14 mata penalti selepas 10 perlumbaan.

Gandingan negara itu dicabar hebat oleh pelayar Jepun yang menduduki tangga kedua dengan 19 mata penalti.

Mengikut syarat pertandingan, pasukan yang mendapat mata penalti terendah selepas 12 perlumbaan akan meraih pingat emas.

Bagaimanapun, berdasarkan kedudukan semasa, gandingan pelayar negara hanya perlu menamatkan dua perlumbaan terakhir dengan sekurang-kurangnya dalam kelompok tiga terbaik untuk mengesahkan pingat emas.

Mohamad Faizal berkata beliau dan rakannya tidak beranggapan bahawa penangguhan itu sebagai satu tekanan sebaliknya perlu bersabar kerana telah biasa dengan keadaan tersebut.

“Pada saingan esok kami mempunyai banyak pilihan untuk menang tetapi perlu memastikan dapat menamatkan saingan di hadapan pasukan tempat kedua iaitu Jepun,” katanya kepada pemberita selepas pihak penganjur pertandingan mengumumkan aksi dua perlumbaan terakhir ditunda akibat hujan.

Skuad pelayaran negara dijangka menyumbang tiga lagi pingat sama ada pingat perak atau gangsa menerusi Khairulnizam Mohd Afendy dalam acara Laser individu lelaki, Muhammad Dhiauddin Rozaini (Optimist lelaki) dan gandingan Nuraisyah Jamil dan Umi Norwahida Sallahuddin dalam acara ‘Double Handed Dinghy 420’ wanita.

Pada Sukan Asia edisi Guangzhou, China empat tahun lepas, pingat emas dimenangi menerusi gandingan Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed dalam kelas wanita International 420.

Tiga pingat perak pula diperoleh menerusi Mohd Romzi Mohamad (kelas Laser Radial), Mohamad Farhan (Optimist) dan gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizuddin dalam acara lelaki kelas International 420.

Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, Malaysia meraih satu pingat emas menerusi Rufina Tan dalam kelas Optimist. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd