• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pesuruhjaya SPRM Selamat Jalani Pembedahan

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rawatan pembedahan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah lama dijadualkan, bukan kerana isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pembedahan itu telah lama dijadualkan atas nasihat pakar perubatan.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu negara pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015.

“Pembedahan ini telah lama dijadualkan dan atas nasihat pakar perubatan, beliau telah selamat menjalani pembedahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, pakar perubatan yang merawat Abu Kassim telah menasihatkan Ketua Pesuruhjaya supaya berehat secukupnya sebelum kembali bertugas.

Beliau turut mengesahkan telah menziarahi Abu Kassim semalam dan mendapati Abu Kassim yang masih mendapatkan rawatan sedang beransur pulih.

Sementara itu, katanya, Abu Kassim meminta semua pegawai SPRM terus melaksanakan tugas dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana aspirasi SPRM.

“Beliau juga meminta semua pihak menjalankan tugas dan tanggungjawab secara berhemah dan profesional,” katanya.

Beberapa pihak sebelum ini menyebarkan dakwaan di media sosial kononnya Abu Kassim mengambil cuti daripada tugasnya berikutan tekanan oleh pemimpin tinggi kerajaan berikutan isu dana 1MDB. – Mynewshub.cc

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd