• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Beri Jaminan Terus Sokong Usaha Johor

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan untuk terus menyokong usaha dan agenda UMNO Johor dalam mengukuhkan parti berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mendengar secara mendalam harapan yang disandarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam meneruskan perjuangan parti itu.

“Kepimpinan Mohamed Khaled sentiasa konsisten, tertib, tegas, ikhlas dan sentiasa berusaha untuk membangunkan parti serta negeri Johor,” kata beliau.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong yang disempurnakan Mohamed Khaled.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau terharu kerana harapan yang ikhlas datangnya dari pemimpin tertinggi Johor selain usaha terbabit juga merupakan amanah yang dipikulnya sebagai pemimpin parti tersebut.

Hishammuddin menegaskan sebagai anak jati Johor, beliau juga berharap Mohamed Khaled akan terus membantu kepemimpinan parti sekali gus mengukuhkan parti itu di peringkat negeri.

Mengulas mengenai siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Hishammuddin meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terbabit sehingga selesai.

“Pendirian saya jelas kita mahukan kebenaran, siapa yang seleweng tidak akan dikecualikan daripada tindakan mahkamah dan kita berharap orang ramai memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk mencari keadilan kerana kita tidak mahu mana-mana pihak tidak berdosa menjadi mangsa,” kata beliau.- BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd