• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.2 Bilion Penonton Dari 115 Negara Saksi GP KL City

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1.2 bilion penonton dari 115 negara dijangka menyaksikan secara langsung menerusi kaca televisyen acara perlumbaan sulung Grand Prix Kuala Lumpur City 2015 yang sedang berlangsung di litar jalan bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, pihak penganjur berkata sebanyak kira-kira 100,000 warga kota dijangka melihat aksi-aksi menarik perlumbaan secara dekat sepanjang perlumbaan tiga hari itu yang berakhir esok.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, GT Global Race Sdn. Bhd., M. Arrasu berkata objektif untuk menganjurkan acara ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat sendiri aksi pelumba jalanan betaraf dunia di depan mata.

“Sekiranya peminat sukan permotoran tempatan mahu menyaksikan perlumbaan jalanan seperti ini di Singapura atau Macau, ia amat mahal dan rakyat biasa mungkin tidak mampu.

“Ini adalah peluang terbaik untuk melihat perlumbaan ini secara dekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perlumbaan ini diadakan di litar jalanan sejauh 3.2km di sekitar ibu negara dan antara laluan ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Raja Chulan dan Jalan Perak.

Arrasu berkata pihaknya menerima sambutan baik daripada pasukan dan orang ramai biarpun pada mulanya bimbang dengan kesulitan yang dihadapi pengguna jalan akibat penutupan beberapa laluan utama di ibu negara.

Sementara itu, Presiden dan CEO, Automobili Lamborghini and Giorgio Sanna, Stephan Winkelmann berharap perlumbaan ini akan dteruskan pada tahun depan berikutan sambutan yang menggalakkan daripada peminat tempatan.

“Saya rasa mempunyai litar di bandaraya Kuala Lumpur ini adalah sesuatu yang luar biasa dan satu pengalaman baharu bagi kami. Kami tidak sabar untuk memperagakan aksi yang penuh emosi bagi merebut slot di podium.

“Banyak orang mungkin sukar untuk memandu selama sejam untuk ke litar perlumbaan tetapi orang ramai boleh hanya berjalan kaki untuk datang melihat perlumbaan ini dari tepi jalan sahaja,” katanya.

Perlumbaan ini menyaksikan pertandingan beberapa kereta lumba GT dalam kategori seperti Piala Lamborghini Super Trofeo Cup, Formula Masters China Series, Piala KL City GT serta perlumbaan pertunjukkan, V8 Supercars. – BERNAMA

Tags: KL City Grand Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Perlu Buat Post-Mortem Sama Ada Terus Anjur KL City GP

12/08/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan post-mortem secepat mungkin bagi membincangkan sama ada penganjuran KL City...

KL GP Berjaya Tarik 250,000 Pengunjung

09/08/2015
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kira-kira 250,000 pengunjung membuktikan penganjuran perlumbaan Kuala Lumpur City Grand Prix(KL GP) berjaya mendapat sambutan hangat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd