• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Lancar Projek Jambatan Sungai Bako Bernilai RM53j

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKO (Sarawak) – Pembinaan jambatan sepanjang 280m bernilai RM53 juta yang menghubungkan Kampung Bako di seberang sungai dengan laluan utama yang menghubungkan ia dengan bandaraya Kuching, akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan.

Jambatan yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 500 keluarga atau 3,000 penduduk Kampung Bako yang selama ini terpaksa menggunakan bot-bot kecil sebagai pengangkutan utama untuk ke seberang.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata projek pembinaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri itu merupakan bukti usaha berterusan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan penduduk tempatan.

Katanya dalam tempoh sekitar 15 bulan beliau menerajui negeri, banyak yang telah dilaksanakan beliau dalam usaha memastikan penduduk Sarawak memperoleh nikmat pembangunan, dan jambatan Kampung Bako ini merupakan sebahagian daripada usaha berkenaan.

Berucap di majlis pelancaran projek pembinaan jambatan berkenaan di sini hari ini, Adenan berkata dalam memastikan kesimbungan dalam perjuangan itu, beliau hanya mohon agar orang ramai dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih calon untuk mewakili mereka semasa pilihan raya nanti. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd