• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sanggup Bentang Akaun Jika Pembangkang Turut Buat Demikian

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO sanggup membentangkan akaun parti itu dengan syarat pembangkang turut melakukan perkara yang sama.

Perdana menteri dan presiden UMNO itu berkata beliau sanggup berbuat demikian pada bila-bila masa memandangkan setiap dana yang diterima semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.

“Pembangkang ini baik sangat ke? Kalau nak tahu segala-galanya dia pun kena terangkan dia dapat dana dari mana… jangan tuduh saya dan tuduh UMNO sahaja, tapi dia (pembangkang) syok sahaja terima (dana).

“Dia boleh tahan juga, apa yang saya tahu, macam-macam juga masuk,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini, hari ini.

Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan.

“Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara,” katanya.

Najib menegaskan derma yang diterima itu bukanlah kerana beliau memberi sesuatu kepada mana-mana pihak.

“Saya terima pun bukan kerana saya bagi kontrak. Orang lain boleh terima kerana dapat kontrak (dan) mungkin dapat tanah diluluskan untuk pembangunan (kerana) orang bagi derma. Tetapi ini tiada kaitan sama sekali.

“Sebab itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kata bahawa itu bukan rasuah dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) punya duit,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta anggota UMNO terus mempertahankan parti kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan parti.

“Banyak kita bagi pertolongan kepada bahagian. Banyak tanggungjawab sosial korporat kita buat. Banyak orang belum pernah naik haji pergi haji. Banyak rumah yang tak pulih kita pulihkan.

“Banyak bahagian dapat setiap bulan sumbangan. Janganlah bila sudah dapat ini, semua senyap. Bila saya diserang kita tambah lagi, kita tuang minyak,” katanya.

SPRM pada Rabu mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri ialah sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: “SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri.” – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd