• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Sampai Masanya Kawalan Terhadap Portal Berita

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Sudah sampai masanya kawalan terhadap portal berita dan siaran melalui media sosial dilakukan dalam usaha menjaga keharmonian negara dan perpaduan rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata dalam era digital dan kebebasan bersuara, ia telah digunakan oleh portal berita tanpa had hingga menjejaskan keharmonian negara dan perpaduan rakyat.

Katanya kesan penyalahgunaan oleh portal berita menerusi media sosial amat bahaya memandangkan sesiapa sahaja akan mempunyai akses dari seluruh pelosok dunia.

“Portal berita tidak dikawal oleh sesiapa kecuali pengendalinya sendiri yang membezakannya dengan media massa konvensional yang biasanya ada ‘gatekeepers’.

“Kesannya dapat dilihat pada masa sekarang menerusi kewujudan banyak portal berita dan digunakan oleh pihak yang memuat naik sesuatu maklumat, kandungan atau menyatakan pendapat tanpa memikirkan kesannya terhadap kepentingan awam,” kata anggota Parlimen Beluran itu, ketika merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Gana Jati, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, Ronald berkata usaha kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan mewajibkan portal berita didaftarkan di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Oktober adalah tepat pada masanya.

Ini kerana, katanya, sebarang aktiviti yang dibuat melalui media sosial tanpa mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan yang bertentangan dengan nilai etika, moral, budaya atau ideologi negara seperti penghebahan ucapan kebencian, fitnah serta kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan, yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Katanya lebih buruk lagi, akhir-akhir ini semakin banyak penghinaan dilakukan terhadap agama, Institusi Raja, pemimpin negara dan kaum.

Ronald berkata benih penghinaan melalui media sosial ini jika tidak dikawal mampu menghakis keyakinan dan kecintaan rakyat kepada negara dan seterusnya menghancurkan masa depan negara yang dibina sejak 57 tahun.

Katanya kebebasan bersuara seharusnya diimbangi bersama dengan kebebasan lain seperti kebebasan untuk melindungi isu-isu kebaikan bersama seperti keselamatan negara atau kepentingan orang awam. – BERNAMA

Tags: Portal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajah Baharu Bernama.com Lebih Segar

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, www.bernama.com kini berwajah baharu dengan kandungan dan imej yang lebih segar....

Portal Digital Usaha Sama Bernama, RTM & Japen Bakal Diwujudkan

20/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan digital atau portal digital usaha sama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd