• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM: Peserta Amerika, UK & Australia Ke Peringkat Akhir

oleh AK-47
10/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Peserta Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia terpilih di antara tiga finalis bagi kategori Antarabangsa dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015).

Keputusan itu diumumkan oleh Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Dr Mazlina Mohd Hussain sebaik pertandingan separuh akhir selesai dijalankan sebentar tadi di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini.

AS diwakili Wyatt Gordon, 25, pemuda berusia 22 tahun, Joshua Parfitt pula mewakili UK sementara Emma Roberts mewakili negara Australia.

DSC_0070
Finalis mewakili Amerika Syarikat, Wyatt Gordon.
DSC_9968
Finalis dari United Kingdom, Joshua Parfitt.
DSC_0340
Finalis Australia, Emma Roberts.

Dalam pusingan separuh akhir mereka mengalahkan tujuh peserta lain iaitu Kong Jinlei (China), Kabora Floria (Madagascar), Mariam Coulibaly (Mali), Nhelbourne Kalim Mohammad (Filipina), Eiko Akazawa (Jepun), Pavel Naidenov (Rusia) dan Laki A’ron Bence (Hungary).

Sementara itu bagi kategori Alam Melayu, dua peserta dari Malaysia, Janise Thew Sian Lian, 23, dan Mohd Akmal Aizat Umar, 23, mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat akhir bersama seorang lagi finalis dari Thailand, Awabeen Samsuding, 19.

DSC_9944
Finalis kategori Alam Melayu, Janise Thew Sian Lian, mewakili Malaysia.
DSC_0320
Finalis kategori Alam Melayu, Mohd Akmal Aizat Umar, wakil dari Malaysia.
DSC_0047
Finalis kategori Alam Melayu mewakili Thailand, Awabeen Samsuding.

Kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini iaitu kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) pula menempatkan finalis dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Waleed Basil Mohammed Ali, Maher G.M Abdolrasol mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

DSC_0139
Finalis Pelajar Antarabangsa di Malaysia Waleed Basil Mohammed Ali mewakili Universiti Putra Malaysia [UPM].
DSC_9926
Maher G.M Abdolrasol mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
DSC_0021
Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa, finalis kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pertandingan peringkat akhir PABM 2015 akan berlangsung Sabtu ini di Dewan Planetari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis tersebut akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Sembilan peserta akhir PABM 2015 yang terdiri daripada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia [PAM].
Johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan memenangi Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai USD$7,000 (RM27,000), hadiah iringan dan sijil.

Naib juara pula bakal membawa pulang Piala Iringan, wang tunai USD$5,000 (RM15,000), hadiah iringan dan sijil manakala tempat ketiga pula memenangi piala iringan, wang tunai USD$3,000 (RM9,000), hadiah iringan dan sijil.

Tahun ini merupakan tahun kesembilan penganjuran PABM sejak ia mula diperkenalkan pada 2007. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=9D-82NERKr8

https://www.youtube.com/watch?v=2mdkyVK8LAE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=BUBSSjsSHE4&feature=youtu.be

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: pabmPABM2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd