• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Perlu Jadi Kementerian Prihatin – Hamzah

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu menjadi kementerian yang prihatin untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat, kata Menterinya Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata warga kementerian itu mesti menentukan bahawa matlamat itu boleh dicapai dengan menjadikan kesemua 30 juta pengguna di negara ini sebagai pihak berkepentingan kepada kementerian.

“Tentukan pengguna akan merasakan segala yang ditentukan oleh kementerian adalah demi kepentingan bersama pengguna,” katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas jawatan oleh bekas menteri kementerian itu Datuk Seri Hasan Malek kepada beliau di sini Khamis.

Beliau berkata cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh warga KPDNKK ialah persepsi negatif masyarakat terutama di media sosial.

“Ini kerana apa sahaja yang kita buat, walaupun baik tetapi kebaikannya tidak diketengahkan. Apa yang selalu diperkatakan adalah yang negatif sahaja,” katanya.

Hamzah turut memuji Hasan yang begitu komited dalam menjalankan tugas dan masih mengingatkannya mengenai beberapa isu yang belum diselesaikan oleh KPDNKK, walaupun tidak lagi menerajui kementerian itu. – BERNAMA

 

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd