SEORANG lelaki menerima padah akibat tersalah menghina pasangan gay yang sedang membeli-belah di Manhattan, New York pada ahad lalu.
Lelaki dipercayai berusia lingkungan 40 tahun itu telah menghamburkan kata kesat kepada pasangan gay yang juga merupakan bekas pelajar di Akademi Tentera West Point.
Larry dan Daniel Lennox-Choate telah ‘berkahwin’ sejak 2 tahun lalu selepas bertemu di akademi tentera berkenaan.
Lelaki berkenaan dikatakan menghina mereka sebelum menumbuk Daniel secara tiba-tiba.
Larry segera tampil mempertahankan Daniel dengan membelasah lelaki terbabit sehingga berlumuran darah dan beredar dari situ.
Menurut sumber, Jabatan Polis New York (NYPD) mengesahkan insiden berkenaan adalah jenayah bersifat ‘prejudis’ dan kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil.
Namun, siasatan masih lagi dijalankan dan tiada tangkapan yang dibuat setakat ini.
Sebenarnya, pasangan ini bernasib baik kerana mereka tidak tinggal di Rusia yang rata-rata masyarakatnya sangat benci dengan golongan LGBT. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Video kajian sosial pasangan gay diserang ketika membuat rakaman
Reaksi orang Rusia terhadap pasangan gay
https://www.youtube.com/watch?v=wgm3lb9JUU0



