• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berpendapat Portal Berita Perlu Didaftar

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Portal berita dalam talian mungkin perlu didaftar di bawah pindaan undang-undang siber yang akan dibentang pada Oktober.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kementerian itu kini sedang mengkaji beberapa model termasuk yang diamalkan di Singapura.

“Saya telah bertemu pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk mengkaji cadangan ini.

“Kami juga melihat aspek struktur SKMM dan pindaan tersebut untuk menangani isu-isu seperti pornografi, perjudian dalam talian dan ancaman Negara Islam (IS).

“Ini dilakukan demi kepentingan negara,” kata Dr Salleh dalam temu bual eksklusif bersama The Star pada Rabu.

Beliau memberitahu, perubahan itu akan memberi kuasa kepada SKMM untuk menyekat laman web yang dianggap sebagai “ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara”.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menyekat penggunaan media sosial.

“Kita tidak boleh memantau setiap pengguna media sosial. Jika ada aduan dan terdapat asas untuk itu, kita akan tengok balik,” jelasnya.

Sambil menegaskan bahawa cadangan pindaan undang-undang siber tidak disebabkan oleh isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata: “Ia tiada kaitan dengan itu. Kami mahu pindaan menyeluruh. Undang-undang ini telah diperkenalkan pada 1998, dan sejak itu, terdapat banyak perkembangan.

“Kita mesti mengambil kira perkembangan ini. Banyak negara juga meminda undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak membawa masalah, ” menurut Dr Salleh.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan mengenai perancangan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Apa yang kami ingin lakukan adalah untuk memperbaiki pindaan dalam mesyuarat Parlimen akan datang bagi mengukuhkan media sosial tetapi pada masa yang sama, dapat mengawal keadaan,” katanya.

Bagi laman web Sarawak Report yang disekat ketika ini, Dr Salleh berkata, tidak ada keputusan untuk menarik balik larangan itu. – mStar Online

 

Tags: KerajaanPortal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd