• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Sah Bercuti

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan akan bercuti sehingga minggu depan.

Menurut satu sumber, berikutan ketiadaan Abu Kassim segala tugasnya akan dipangku oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Dalam pada itu, menerusi akhbar The Star, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul menafikan menerima arahan untuk bercuti, sebaliknya berada di luar negara atas urusan kerja.

Suruhanjaya itu kini menyiasat dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB melibatkan dana RM4 bilion.

Pada masa yang sama, badan itu turut menjadi sasaran siasatan polis yang bertindak menahan beberapa pegawai SPRM berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1MDB.

Selain itu, Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat turut diambil keterangan pada Isnin.

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy  dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh turut dilaporkan ditahan Sabtu lalu.

Berikutan itu, SPRM telah menganjurkan majlis solat hajat di ibu pejabat badan pencegah rasuah di Putrajaya selepas solat zohor bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

– MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: ASTRO AWANI

Tags: 1MDBSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd